Thursday, June 13, 2013

Nukilan Hati Seorang Hamba

Assalamualaikum,
rasanya sudah lama diri ini tidak menjengah blog ini.sudah lama tidak menulis di sini, biarpun diri ini tidak pandai menulis mengggunakan ayat2 yang puitis dan 'bombastik'. blog ini hanya sekadar suatu santapan mata dan perkongsianku dalam menjalani kehidupan yang sedang mengembarakan hatinya untuk lebih dekat dengan penciptanya. Alhamdulillah Allah masih memberikan peluang untuk ku menulis.kehidupan setiap manusia yang bergelar insan adalah berbeza. setiap manusia ada ceritanya tersendiri. begitu juga dengan diri ku. pada mulanya aku tidak mengerti dan faham mengapa aku di lahirkan ke dunia ini.apa yang aku tahu hanya keindahan dunia semata-mata. aku tidak memikirkan tentang kehidupan selepas kehidupan dunia. bila usia semakin meningkat dan aku mula melangkah keluar dari alam persekolahan...sejak itu hati kecilku berkata 'selepas ini pasti kehidupanku akan lebih mencabar'. sedikit demi sedikit aku mula berfikir dan tersedar yang diri ini sudah terlalu banyak leka dan lalai. Allah tidak pernah tidak mendengar doa kita kalau kita berdoa kepadanya. selangkah kita ingin melangkah kepadanya,seribu langkah dia merapati kita. ini ayat yang selalu aku sematkan di dalam hatiku yang lemah ini. bila diri ini begitu ketagihkan kasih dan sayangnya maha penciptanya, ujian datang tanpa diundang silih berganti...namun aku tidak menyesal dengan setiap ujian dan dugaan yang aku lalui ini. aku cuba untuk merasai setiap ujian dan dugaan ini sebagai satu nikmat yang sangat manis...kerana aku yakin ada hikmah yang bernilai di hujungnya yang telah Allah S.W.T. sediakan. aku bersyukur dengan nikmatmu ya Allah...ianya terlalu luas,seluas lautan dunia pun masih tidak mampu menandingi seluas nikmatmu. semoga kita mendapat kebaikan dalam apa jua yang kita lakukan, seperti munculnya pelangi yang sentiasa mempersona siapa saja yang melihatnya...itulah antara keindahan ciptaan Allah tuhan yang maha agung.