Thursday, May 5, 2011

Agama Istimewa

 Islam adalah suatu agama yang diwahyukan oleh Tuhan kepada hambanya yang disampaikan oleh para nabi Tuhan. kesemua nabi tuhan seperti Musa, Isa, Muhammad dan ramai lagi menyeru manusia supaya mengesakan Tuhan. Islam adalah agama untuk semua. Agama ini sangat istimewa. Ia mempunyai ciri-cirinya tersendiri supaya ia dapat dijadikan panduan oleh semua golongan manusia yang menjadi penganutnya.
  Antara ciri istimewa agama islam adalah ia suatu agama yang mudah diamalkan. Ia tidak pernah menyusahkan para penganutnya. Sebagai contoh: dalam agama islam, apabila pakaian yang dipakai terkena kotoran, kita tidak perlu membuang pakaian tersebut. Apa yang perlu kita lakukan adalah membersihkan tempat yang terkena kotoran. Pakaian tersebut boleh dipakai semula selepas ia dibersihkan.
-buku:cerita-cerita motivasi untuk jiwa-