Friday, July 22, 2011

Hijjaz- Ramadhan Bulan Berkat


Ramadhan semakin hangat terasa buat kita semua umat islam di seluruh dunia,bulan ramadhan adalah bulan yang kita selalu rindukan dan nantikan kerana ia hanya sekali dalam setahun...marilah kita hayati sedalam dalamnya ramadhan yang akan tiba ini dengan sepenuh hati kita agar kita merasai dan menikmati bulan ramadhan dengan penuh keinsafan..

Wednesday, July 6, 2011

Sekadar Perkongsian


Assalamualaikum,
 Saya jarang menulis dalam blog ini, oleh itu saya banyak memasukkan video2 lagu nasyid. Tetapi entah kenapa jari jemari saya ligat untuk menaip di blog ini, mungkin saya patut kongsikan kepada remaja d luar sana sedikit kisah saya. Saya menubuhkan blog ini bukan untuk sesiape atau tunjukkan kepada sesiapa, tapi untuk diri saya sendiri dan mengisi masa lapang. Berkata tentang nasyid, tak ramai remaja seperti saya yang minat tentang lagu2 nasyid, mungkin bagi mereka, lagu nasyid ni tak kena dengan jiwa mereka. Tapi bagi saya, lagu2 nasyid ni seronok sebenarnya kalau kita cuba menghayati apa mesej yang ingin dsampaikan melalui lirik2 lagunya. Dulu saya juga seperti remaja yang lain,tidak berminat pd lagu2 nasyid. Apabila saya mendengar lagu2 nasyid ni contohnya, raihan…saya mula bertambah minat tuk mendengar lagu2 nasyid. Serba sedikit, lagu2 nasyid ni banyak menginsafkan saya bahawa Allah 2 maha agung dan Tuhan sekalian alam. Kepada remaja d luar sana, saya sarankan dengarlah lagu2 nasyid dan hayati setiap makna liriknya, bukan sekadar hiburan sahaja, insyaAllah anda akan suka.